PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Saturday, November 30, 2013

Kongsi resepi Snowy Cheese Cake Meleleh...

ermmm... yang ni resepi yang korang nak sangat cuba kan??!!!
sebab saya pun memnga nak sgt mencubanya....akhirnya menjadi gak...rasanya sungguh menikam di kalbu..
menyerap ke dalam mulutku... dengan cream cheese yang sungguh mempersonakan...


hahahaha!!!ok...ok...


JOM JENGUK LAK RESEPI SNOWY CHEESE CAKE MELELEH ni....yang BUAT KORANG Meleleh-leleh   AYAQ   LIUQ.......



RESEPI SNOWY CHEESE CAKE MELELEH...leleh..URMMMMM...!!!!
Credit For :kekdihatiku.blogspot.com

BAHAN2 UNTUK KEK


 **100 gram tepung hong kong
(boleh guna tepung gandum)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelet
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan yang bertanda* di ayak dulu...

Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair. Sebatikan. 
boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... strawberry ataupun coklat
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
 adunan ini memang cair




Untuk hiasan:
cheddar cheese, diparut
parutla sebanyak mana yang suka....



yang nilah buat korang kecurr air liurkan... hasil kami :




memang sedapp GILER x terkata la weiii...

Apa lagi.... 
SELAMAT MENCUBA DENGAN JAYANYA!!!!


Kongsi Resepi Red Velvet

semua manis2 belaka....
tekak pun dah rasa manissss je ...senyuman pun manisss x ???huhu..

takpe manis sekali-sekala ...xde msalah..jgn manis dua kali kala... hihihi


Nak resepi RED VELVEt pulak...???xde masalah... sbb perkongsian resepi sangat digalakkan..
TERIMA KASIH juga pada yang sentiasa berkongsi resepi buat tatapan semua..

RESEPI RED VELVET yang MARVELLOUS!!! 

Credit For : www.kongsiresepi.com
KITA SELAK LAGI RESEPI yang ada...


Bahan-Bahan

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 60 gm butter tanpa garam
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cwn susu segar +1/2 sudu jus lemon
  • 1/2 sudu kecil cuka masakan
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • Bahan Untuk Cream Cheese Topping :
  • 250 gm cream cheese
  • 4 sudu besar mentega
  • 1/3 cwn gula icing - diayak
  • 1 sudu kecil jus lemon

Kaedah dan Langkah-Langkah

  • 1.Cara Menyediakan Kek Red Velvet :
  • 2.Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  • 3.Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste @ tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
  • 4.Pukul mentega dan gula hingga lembut dan gebu dengan menggunakan mixer.
  • 5.Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
  • 6.Masukkan esen vanila dan campuran serbuk koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
  • 7.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan campuran susu segar dan jus lemon.
  • 8.Mulakan dengan tepung gandum dan diakhiri dengan tepung gandum (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
  • 9.Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
  • 10.Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaulkan sempurna dengan sudu.
  • 11.Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6 inci yang telah disapu dengan mentega dan di alas dasarnya dengan kertas minyak. (letak dlm cupcake pun boleh)
  • 12.Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit – 1 jam atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan dahulu.
  • 13.Bahagikan kek kepada 2 atau 3 lapisan mengikut citarasa masing2.
  • 14.Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
  • 15.Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese.
  • 16.Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
  • 17.Cara Menyediakan Cream Cheese Topping :
  • 18.Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
  • 19.Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.
  • Mcm biasa percubaan tetap dilakukan oleh kami :


  • ok la kan....huhuhu..RED VELVET ni memng SEDAP!!!

  • SELAMAT MENCUBA!

Kongsi Resepi Pavlova

da bercream puff..kita berpavlova la pulak...
apa tunggu lgi...amik resepi ni cepat2
gi la kedai cari bahan... n terus memulakan mempavlova..

INTAI RESEPI JOMM!!!

RESEPI PAVLOVA YANG VERY de 'SWEET"...Popp WallA!! Nyum..nyum...

panjangnya Tag linenya ...huhuhu


Credit For  

Resepi Chef Kamarul)


BAHAN-BAHANNYA
  • 4 bj putih telur gred A
  • 1 cwn gula pasir/gula castor
  • 2 s/mkn tepung jagung
  • 1 s/t cuka mkn
  • 1 s/t esen perasa oren - ni ijapian tambah utk elak hanyir telur
  • Topping:
  • 1 cwn fresh cream ( Rich, Value - non diary)
  • Fresh fruits- strwbrry, kiwi & anggur

Cara-cara

  1. Pkl putih telur smpi berbuih. Kemudian mskkan gula & pkl smpi sot peak / bertanduk.
  2. Mskkan tepung jagung yg telah diayak utk elak 'alien' msk dlm adunan...hehehe
  3. Pkl lg adunan td smpi sebati. Setelah sebati mskkan cuka mkn & esen oren. Pkl lg smpi sebati
  4. Pnskan oven 10 min awal pd suhu 150©
  5. Pd dulang pembakar, ltkkan kertas minyak(yg putih tu ye) kemudian lukiskan bulatan ikut acuan loyang kek size 9
  6. Tuangkan adunan pavlova & mskkan dlm oven. Bakar selama 1 jam 20min (slps 1/2 jam turunkan suhu pd 130©)
  7. Slps masak biarkan pavlova dlm oven selama 20 min. Kemudian blh lah di topping kan ngan fresh cream & buah2an segar spt strwbrry, kiwi & anggur
  8. Utk topping: pkl fresh cream smpi soft peak. Kemudian tuangkan di atas pavlova yg tlh sejuk & hiaskan dgn hirisan fresh fruits td ngan kreaviti anda

  haaa.senang kan !! apalagi cepatlah buat!!

nilah hasil kami dipercutian hujung tahun 2013 ni...
hehehe







Kejap je dah nak licin...nyumm..nyummm...

SELAMAT MENCUBA ..!





Kongsi Resepi CREAM PUFF

yuhuuu...hehehe...lama kora ng tunggu ...sorry busy nooo membaking...
ayat poyo!j

huhuhu....ko rang nk resepi eh...ala sebenarnya sya pun amik resepi dripada bloggers yg sudi share resepi diorg...Terima Kasih x trhingga..moga ilmu resepi yg dikongsi memberi manfaat pda semua wanita2 di luar sana....


ok...jom kita intai resepi yg pernah aku wat sepnjng cuti sekolah ni...mna lah tahu ada yg xnk resepi..tp nk tempah terus je...leh la tempah ngn i...hihuhuhuhi..hehehe...ini semua poyo...ssss...




  Resepi CreaM puFf yg gebuss n sweet...

 copy n  Credit For : www.tiffinbiru.blogspot.com
  TQ very much kerana perkongsian resepi..                                                            


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF :-)
75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)
2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard (che mat guna Bird's Custard)
1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega

Secubit garam


Cara-cara
  1. UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
  2. Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
  3. Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.
  4. UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.
  5. UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....



inilah hasil creampuff yg saya buat..terlebih gebu la pulak...huhuhu


`

oh yeah..!!

SELAMAT MENCUBA ye KAWAN-KAWAN!!!!








oh 

Saturday, November 23, 2013

BESDAY ANAK-ANAK...

INI adalah CITER  yg  SUDAH BASI ....tapi nak citer gak ...walaupun syok sendiri...hehehe

walaupun dah berlalu pada Mei yg lalu... tapi apa salahnya  ku mengimbas semula kenangan TERINDAH itu untuk dikongsi di sini... kan...kan ..kan..



happy besday to  you!happy besday to you! happy besday...happy besday...
    Happy besday Wardah dan Darwisy...!!!


bila masuk je BULAN MEI...aku akn excited untuk merancang Besday ank-ank aku..tp kali ni burget ada lebih sikit..boleh la buat party besday yang happening sikit ..
tp xleh la buat tiap2 tahun...
2 tahun sekali
oklah..
tp
kalo ade rezekinya apa salahnya...
huhuhu

DULU MASA KAKAK UMUR SETAHUN  pernah jugak buat parti di rumah
panggil kawan2 n sedara mara
seronok sebenarnya berkumpul meraikan hari kelahiran ank2..
bersyukurnya aku sebab anak2 ku dilahirkan pd bulan yg sama

WARDAH 19 MEI 2004
DARWISY 14 MEI 2007

ha!! senangkan!potong kek sama2...

tapi kek tetap seorang satu

sebelum citer aku lebih panjang lagi..aku nak ucapkan
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
kepada yang hadir memeriahkan majlis HARI JADI anak2 kami dan yang bersusah payah bawakkan
HADIAH untuk WARDAH dan DARWISY
KAMI SEKELUARGA AMAT MENGHARGAINYA..
tapi
untuk kali ini kami hanya menjemput kawan2 sekolah wardah n Darwisy n kwn2 kami saja...
maaf sebab saudara mara tak dapat jemput sekali..
INSYALLAH
ada rezeki nnti barulah jemput semua...tp kena dirikan khemah ..sebb saudara mara sangat lah ramai
kalo diorang ada ....compemmm!! lagi meriah....!
x sabarnya nak wat parti lagi nak JEMPUT diaorg pulak..
Apa yang menjadi menariknya kali ini..Aku siap buat checklist bagi memudahkan perjalanan majlis berjalan dengan lancarnya.
Bukannnya apa, ia lebih teratur dan rapi...semua aku yang rancang sendiri...aku yang buat sendiri...aku yang fikir sendiri sebab semuanya untuk kebahagiaan anak-anak ibu jugak!!!
yang paling seronoknya menyediakan "PROP" dan memikirkan "THEME" yang diaorang nak..

semua ni kira ilham daripada bloggers yang pernah sambut besday ank2 mereka..
menarik sangat2 citer diorg...
dan PARTY BIRTHDAY mereka sgt2 WoW!!

kat sini ada  CONTOH
UNTUK DIJADIKAN PANDUAN KEPADA SESIAPA YANG INGIN BUAT
PERSIAPAN MAJLIS HARI JADI ANAK-ANAK 

  1. Tarikh, waktu dan lokasi
  2. Tema
  3. Kad jemputan, senarai nama tetamu
  4. Aktiviti permainan kanak2
  5. Pakaian anak yg menyambut hari jadi
  6. Topi birthday
  7. Ucapan dan bacaan doa
  8. Banner
  9. Belon dan hiasan
  10. Makanan berat
  11. Candy buffet / dessert table
  12. Goodie bag
  13. Birthday Cake
  14. Cupcake
  15. Banner
  16. Paper plate n cup
  17. Makanan ringan spt marshmallow/candies/gummies/chocolate/macarons/snacks etc
haaa...kan senang kalo ade checklist mcm ni..terima kasih blogger kerana share dan dapatlah aku menggunakannya dan copy di sini untuk semua pembaca blog ini.


ok! kita citer tentang perjalanan MAJLIS...

   Untuk kali ini kebebasan untuk memilih Theme diberikan kepada WARDAH dan DARWISY..
   MAKA,tema yang dipilih oleh mereka ialah WARDAH "PRINCESS " DARWISY "BOBOIBOY"
            OK!! SET!! kita follow saja..



Bila tema "PRINCESS" mesti kena ada "CASTLE"

KEK HARI JADI WARDAH kali ini ialah :


"CASTLE cake "



apabila DArwisy memilih tema boboiboy..
kek Hari Jadi DArwisy  

"BOBOIBOY RAINBOW CAKE"



 



*********************




yg ni pulak PAVLOVA...lg sodap!..


yg ni pulak CUP CAKES yang sgt FanCY n CUTE..


muffin  yg vouge !


yang ni lgi lah CREAMPUFF very the BOOM!


hehehe..korang rasa2 sapa yang sanggup buat semua ni??
Dengan ini saya memperkenalkan
PN NORAINI BT ABD SAMAD
DARI RENGGAM

yang menerima tempahan saya dan membuat segala tempahan ku pada MAJLIS HARI JADI ANAK-ANAKku tahun ini..

TERIMA KASIH kerana sanggup menerima tempahan dan merealisasikan impianku

hehehe..

mushmellowku bersama coklat



Aiskrim  tidak ketinggalan jugak...







Ermmm...ni pulak kawan-kawan Wardah dan Awisy yang datang ..






wardah bersama BFFnya...










untuk Aktiviti pulak...

Wardah n Darwisy xmain pun ...diorang dok tengok kwn2 main je..
maybe teruja kot
kawan2 datang
`
`
`
`
`
`
`

AKTIVITI PERTAMA : CARI GULA- GULA DATANG TEPUNG





AKTIVITI KEDUA : TIUP BELON SAMPAI PECAH




AKTIVITI KETIGA :  REBUT KERUSI


seronok sangat tengok diorang seronok! ...
terima kasih atas kerjasama yang diberi.
^
^
^
^


YEAHHHH!!!! DAH MENANG DAPATLAH HADIAH!


*
*
*
*
*
*
Suasana Majlis...












KENANGAN TERINDAH



HADIAH yang diorang dapat...

PART yang anak2 seronok sangat2..
TERIMA KASIH yang MEMBERI.
moga kalian sentiasa dirahmati ALLAH s.w.t

INSYALLAH...



macam2 hadiah yang diaorang dapat...
-
-
-
-
-



Dengan SYUKUR kami SEKELUARGA memohon maaf atas kekurangan majlis dan TERIMA KASIH BANYAK2 Atas SEGALANYA...

DOAKAN WARDAH dan DARWISY menjadi ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH.!!
AMIN!!

x lupa juga pada FAMILY TERSAYANG
kerana

SPONSOR kami macam2 untuk menjayakan PARTI HARI JADI ANAK-ANAKKU ...

I LOVE U SO MUCH mak Abah..dan adik2ku..n ank2 sedaraku..

IBU DAN AYAH SAYANG KAKAK DAN ADIK DUNIA AKHIRAT!!!!

`
`
`
`
`





TAHNIAH ADIK!!!

SALAM BUAT SEMUA...

TAHNIAH UNTUK HERO IBU!!

waa ..bertuahnya adik..
berbaju konvo ...bertopi... menggenggam segulung sijil...huhuhu...
alhmdulillah.... setelah hampir setahun... melalak x abis2...akhirnya dapat gak naik pentas...
adik.!...adik!...



doa ibu ..untuk anak ibu...

SEMOGA ADIK MENJADI ANAK YANG CEMERLANG DI DUNIA & DI AKHIRAT...
jadilah Anak yang SOLEH dan sentiasa MEMBANGGAKAN  ibu dan ayah...

dan 

Doakan ibu dan ayah sentiasa sihat serta menjaga ,mendidik dan mengasuh Adik dengan didikan yang cukup sempurna buatmu...






Moga suatu hari nanti dirimu menggengam segulung MASTER !!
InSyaAllah...!!!

PEMBUKA BICARA


buat semua rakan dan pembaca blog saya dah berkurun lamanya x mengupdatenya...hehehe
Maaf laa sebab ke busy an saya menyebabkan ketidak ada masaan untuk saya memblogging...
(ayat +-x)hihihi


untuk permulaan ......
setelah sekian lama aku tidak mencoretkan sesuatu...

mari kongsi dulu... kata-kata hikmah yang boleh kita kongsi bersama untuk tatapan semua..

-SEBAGAI PEMBUKA SELERA KITA -

ye ..kawan-kawan..moga kita semua menjadikan ia satu amalan...dan ini juga untuk pesanan pada diri saya sendiri juga..

Surah fatihah adalah penghulu bagi segalanya dalam kehidupan kita..
. Allahuakhbar!!...
 Alhamdulillah...!



S.A.B.A.R

selalu kita ungkapkan ... 
sabar ada tahapnya beb!!..sabar separuh daripada iman...sabar ! sabar selagi boleh sabar!!


bukan mudah untuk kita sabar..tp bukan susah pun untuk bersabar..

bila kesabaran kita diuji perlu kita sabar... ?
fikir2kan la.. 
adakah kita tergolong daripada orang-orang yang sabar??!!

jawapan saya..
tepuk dada tanya selera...
huhuhu

Cukup dulu tatapan untuk  hari ini kata-kata hikmah yang penuh barakah ini..Moga ianya tertanam dalam diri kita..
Menjadi amalan seharian kehidupan kita.
ia juga menjadi peringatan pada diri saya sendiri..

TERIMA KASIH SEMUA!