PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Saturday, November 30, 2013

Kongsi Resepi CREAM PUFF

yuhuuu...hehehe...lama kora ng tunggu ...sorry busy nooo membaking...
ayat poyo!j

huhuhu....ko rang nk resepi eh...ala sebenarnya sya pun amik resepi dripada bloggers yg sudi share resepi diorg...Terima Kasih x trhingga..moga ilmu resepi yg dikongsi memberi manfaat pda semua wanita2 di luar sana....


ok...jom kita intai resepi yg pernah aku wat sepnjng cuti sekolah ni...mna lah tahu ada yg xnk resepi..tp nk tempah terus je...leh la tempah ngn i...hihuhuhuhi..hehehe...ini semua poyo...ssss...




  Resepi CreaM puFf yg gebuss n sweet...

 copy n  Credit For : www.tiffinbiru.blogspot.com
  TQ very much kerana perkongsian resepi..                                                            


BAHAN-BAHAN CREAM PUFF :-)
75 gram tepung gandum
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :-)
2/3 cawan susu segar
1 camca besa penuh tepung kastard (che mat guna Bird's Custard)
1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh mentega

Secubit garam


Cara-cara
  1. UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
  2. Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
  3. Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.
  4. UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.
  5. UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan....



inilah hasil creampuff yg saya buat..terlebih gebu la pulak...huhuhu


`

oh yeah..!!

SELAMAT MENCUBA ye KAWAN-KAWAN!!!!








oh 

No comments:

Post a Comment