PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Saturday, December 10, 2011

21 PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan 
tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak 
peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul. 
Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, 
tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan 
pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada 
lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan 
rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi? 
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai 
ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah 
kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali. 
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu 
diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. 

Baca dan 
cubalah amalkan setakat yang termampu. 


1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang 
bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. 

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. 
Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di 
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang 
diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. PakarHowTo.Com

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri 
menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias 
isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. 

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama 
suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja. 

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih 
daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok 
kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan 
macam maharaja. 

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak 
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk 
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. 
Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak 
menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. 

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. 
Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan 
sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! 

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh 
sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan 
mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau 
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum 
sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma 
masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong 
jimatkan perbelanjaan keluarga) 
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat 
atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 

10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa 
boleh kontrol kentut? 

11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main 
wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan 
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. 

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali 
atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, 
sayur dan sebagainya. 

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan 
bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya 
perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. selagi 
itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan 
perempuan kedekut!. PakarHowTo.Com

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan 
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul 
sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil 
sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke? 

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan 
kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. 
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun 
manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi 
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri 
sendiri. 
17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang 
buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri 
anda kena bertolak ansur kalau anda buat? 

18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. 
Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya. 

19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian 
rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau 
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. 

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. 
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau 
pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan 
saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya 
laku bila dah mati nanti. 
21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau 
perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang 
perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan 
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh 
menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum 
lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang 
perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, 
anda juga yang rugi! 


Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati 
yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya 
dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.


Tapi adakah semua ini boleh diamalkan bersama-sama???!!!!


No comments:

Post a Comment