PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Saturday, February 11, 2012

ANAK CEMERLANG

7 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG oleh DR FADZILAH KAMSAH....


1.KAEDAH PESANAN DAN ARAHAN
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2.KAEDAH BERCERITA
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3.KAEDAH SOAL JAWAB
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4.KAEDAH PENGALAMAN LALU
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5.KAEDAH NASIHAT DAN TEGURAN
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6.KAEDAH BERMAIN DAN BERGURAU
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7.KAEDAH LATIHAN YANG BERTERUSAN
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 -

Tuesday, January 31, 2012

PERMATA HATI IBU


SAYANG ANAK-ANAK IBU!!!

MUAHHHH!!!

KISS FOR BOTH OF U



ADIK AWISY MASA NAK MASUK SETAHUN
"MUKA comott!"






KAKAK WARDAH MASA NAK MASUK 3 TAHUN..

"Majuk keee???"



BESAR daa anak2 Ibu...Kejap rasaNya masa berlalu,,,,,

Kenangan Terindah

 adalah 

SEMASA IBU MENGANDUNGKAN KAKAK DAN ADIK

IBU SUKA SANGAT SAAT KETIKA ITU

-------

AYAH LAYAN SEMUA KEMAHUAN DAN KEHENDAK IBU...
AYAH SENTIASA BIMBANG KESIHATAN IBU DAN ANAK-ANAK yg IBU KANDUNGKAN
KAKAK DAN ADIK DOK TENDANG-TENDANG PERUT IBU...
WALAU IBU MABUK TERUKK MASA MENGANDUNGKAN KORANG
TAPI
IBU RASA BAHAGIAA SANGAT

WALAU HAMPIR 4 BULAN TIDAK MAKAN NASI
IBU GAGAHKAN DIRI DEMI ANAK-ANAK IBU YG TERSAYANG


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

NAK TENGOK tak GAMBAR MASA KECIK2 

AZWARDAH SAFYAH













Tengok AWISY lakk ...
JOM!!

MUHAMMAD AZZIKRI DARWISY




















Dak COMEL+ COMOT+ ENCEM ....semua ade!!!
huhuhu...

AKU CINTA PADAMU...

CINTA....

CINTA ITU BUTA???BETUL KE???

KASIH DAN CINTA...ADALAH SEBUAH PENGORBANAN ..
.
KENAPA????

ORG yg PERNAH ADE RASA CINTA..

KENAL DAN TAHU ERTI CINTA...

AKU CINTA PADAMU...
SETULUS HATIKU..
JIWA DAN RAGAKU..

KASIH..
KAULAH YANG AMAT KU SAYANGI..

KASIH
WALO BIBIR MENGATAKAN BENCI
SEMUA ITU DUSTA

KERANA HATI MENGATAKAN...
AKU SAYANG PADAMU
SEPENUH HATI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I LOVE U

KHAIRUL AZWAN B SENIS

~~~~~~



Monday, January 30, 2012

PAVLOVA???!!!!

MENGIDAM!!!!jeng..jeng..jenggggggg!!!
APA??!!!INGAT IBU MENGANDUNG JE KE leh Ngidammm...

ehemmmmssss2x...

Awat tiba-tiba teringin nak makan sesuatu ni???

Nak suh sape cari ekk???

t..a...p...i...

APA BENDA yg Nakkan sgt tu???

P.A.V.L.O.V.A

Sedap ke ekkk???tengok gambar mcm sedap!!!

SERIUUSSSSSSZZZ!!!

tak Pernah Makannnn!!Kira Jakon arr nil..

Oh PAVLOVA...!!



PAVLOVA.........!!!



PAVLOVA OOOOHHH!!!PAVLOVA!!!




SEDAPPP x Ek???

Tgok je dah Tahu SEdap..........

EN HUBBY....xpernah mengecewakan aku..apa yg aku nak...xpernah ..xdpt...!!!
SEMUA DAPAT!!!
CUMA CEPAT n LAMBAT je...

---------------------------
Agak2 kali ni PERMINTAAN  Aku ni dapat x ekk.. kalo aku mintaaak PAVLOVA....ni...???

ABANG.....HENSEM laa ari ni...
(ayat mengayat En suami....)

DAPAT ke??

huhuhuhu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Friday, January 20, 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN ANAK-ANAKKU

HEHEHEH....SEKOLAH DAH NAK CUTI SEMULA
BARU NAK CITER PASAL HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN..
HUHUHU DA BASI DAAA!!
TAPI ......
NAK JUGA CITER KAT KORANG !!!
huhuhuhu
-----------------------------

Semangat Bangun Pagi Nak Ke Sekolah...


Bukan Main Semangat BANGUN....tp nape MUKA MURAM saja??!!!
huhuhu

SETIBANYA DI SEKOLAH...



MUKA MENAHAN NAK NANGIS!!!
pdahal dah SETAHUN SEKOLAH di TADIKA yg SAMA
patutnya DAh SENIORR...xleh Nangis2

 Sudah bermula DRAMA BABAK PERTAMA

huhuhuhu
 SUDAH MELALAKKKK!!!!


BABAK 2
BILA CIKGU BG KERTAS....SENYAP SKEJAP


TEKUN BILA MEWARNA!


SUKA !!BILA DIPUJI CIKGU..
"cantik Darwisy WARNA!!
KATA CIKGU AYU


SENYAP2 ...AKU MENGENDAP NAK BLIK...
MASA UTK TEMAN AWISY SUDAH ABISSS..
HAAA!!MELALAKKK TERRUSSS!!!

WAWAWAWAWA..
BERLAKON2


TErpksa TEMAN semula waktu AWISY MAKAN!


 tersedu2 MASA MAKAN!!



Akhirnya aku Pergi Semula TEMPAT KERJA..
tinggalkn AWISY MELALAK...!!!
huhuhu

jommmm tgok KAKAK PULAK...
KAKAK dah BESAR...
Dah THUN 2
Pandai Bwak DIRI Sendiri