Susah2 dahulu..Senang2 kemudian....bak kata pepatah melayu...Ermmmmm tp nak senang tu bila ek???sikit2 lama2 jadi bukit....Ermmmmmm nak jadi Bukit tu bila pulak ek????!!SABAR jelah UMMI....
Pastinya...lakukan ini
USAHA + TAWAKAL +DOA
Banyak cabaran...rintangan...dugaan yang aku tempohi selama ini...Kadang Menangis...kdg2 termenung keseorangan...kadang2...pening kepala memikirkan semua masalah yg dihadapi...Tapi tulah..KAdang orang....
Mana ada benda dengn senang datang bergolek...!!!pastinya USAHA yang Gigih diperlukan....Tapi tulah UMMI ni seorang yang x SABAR....n CEPAT PUTUS ASA!!....jgn mcm tu UMMI...kena KUAT!...bila melihat KEJAYAAN Orang....Orang yg Berjaya itu mesti berkata"Bermula dari susah dulu baru la hasilnya SEkarang Ini.." Bestnyaa dengar......SEMANGAT balik rasanya.......walaupun semangat tu tinggal sikit...akan ku kumpulkan semula Untuk BANGUN!! n SEDAR dari LAMUNAN....cewahhhhh!(ayat bunga lak tu)
PEDULIKAN sgalanya...yg Penting!!JANGAN KAU SEKALI2 MENYAKITI HATI ORANg...tapi mcm mana Pulak org YANG SUKA MENYAKITKAN HATI AKu???..pedulikan...SENYUM je....Ok!!..akn ku ingt pesan DIRI ku ini....n sape2 yg pernah terguris Hati dengan Cara AKU...MAAFKAN LAH DAKU..AKu HnYa Insan BIasa...yg xpernh lari dripada MELAKUKAN KESILAPAN....Maaf dipinta...heheheheh...
AKU Sebagai Seorang GURU yang telah brkhidmat selama 10 Tahun......tidak pernah lupa dengn tanggungjwab sbagai SEORANG GURU....aku seronok dapat bekerja di SK SERI KENCANA skarang ini...apa tidaknya....kawan2 yang HAPPENING!!! n ANak-anak MUrid yang CERIa....yg sntiasa tegur aku...
" CIKGU UMMI COMEL laa ari ni!!''...suka la tu...(kembang kuncup cikgu ko...)hehehe
paling x tahan..."GERAM nya ngn CIKGU UMMI mcm NAK CIUMMM je..
."oh tidakkkkkkkkkkkkk!!!...hahahahahhaha....mcm2 laa ank2 didik aku ni..............pagi2 dah nak kena cium...TAKOTTTT!!!..
tapi tulah kehidupan aku bukan sja sbgai seorang GURU..hehehe...nak citer sikit la tentang aku ni,,AKU ni juga
1) .IBu kepada Ank2 ku "WARDAH" n "DARWISY"..yang IBU sntiasa mendoakan KEJAYAAN Anak2
Ibu...
2)Isteri kepada "EN KHAIRUL AZWAN"....yg banyak juga la MENGUJI KESABARAN AKU" tapi kasih sayang aku xpernah berbelah bagi
3) Anak kepada pasangn AYah n Ibuku tersayang...."TN HJ MOHD NOR n PN HJH JUMULIAH"
ibu dan ayahku sentiasa memberikan sokongan,dorongan dan kasih sayang dalam
kehidupanku...SAYANG MEREKA sepenuh jiwa n ragaKu...
4) KAKAK kepada 3 orang adik yang macam2 gaya ,karekktooorr,,n perangai...Tp diorang xpernh
menyakiti hati AKu...sbb tu aku syang sgt2 kat adik2 aku...( FADLI,FYQAH n FAHIM.)
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! yg ni msti korang xcaya...Aku ni juga...
PENIAGA AYAM GORENG n NASI LEMAK....gerai kecik2 je tpi jalan....selamba jelah...hehehe...
Itu yang aku ckpkn ....banyak benda sudah aku lakukan...dan Doaku moga segalanya berjalan dengan baik...
* BUKAN SUSAH nAk SUSAH ~ BUKAN SENANG nak SENANG *
PeNgiKuT BLoG ~
KASIHKU CORETKAN.....
berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....
Wednesday, October 26, 2011
LAWATAN KE MELAKA
CELOTEH SUTERA EMAS
ROMBONGAN CIK KIAH!!!...ke MELAKA
Pada hari ini aku seharian melawat Bandar Bersejarah (MELAKA)...kaki rasanya mcm nak tercabuuuuuutttt..!!!
Lengohhh!!!Bisa!!!!.lepak ...n melayan kerenah murid-murid ni memng kena banyak sabarrrrrr....
TAPIIII...... kaki aku terus melangkah utk keseronokkan anak2 muridku Tahun 6 SK SERI KENCANA
Banyak MUZIUM yang kami Masuk dan banyak pengetahuan yang kami perolehi...Walau jauh berjalan tetapi banyak pengalaman baru yang diperolehi bersama mereka.
Happening lah bila bersama diorang ni...semua masalah lupaaaaa!!!...ENJOY!!!! dalam Kelepakkan!!hehehehe.
Yang seronoknya aku bawak anak daraku AZWARDAH SAFYAH....!suka dia!!.Pengalaman pertama dia mengikuti ROMBONGAN SEKOLAH tapi tulah ......kesian adik kat rumah.dengan ayahnya
.(Lain kali dik ye...dah besar nnti ibu ikutkn sama).Ok...moga bersua lagi...itu je citernya xlah menarik sgt...tp boleh laa...huhuhuhu..
Ini lah seidkit gambar yang dapat dirakamkan di sana..
ROMBONGAN CIK KIAH!!!...ke MELAKA
Pada hari ini aku seharian melawat Bandar Bersejarah (MELAKA)...kaki rasanya mcm nak tercabuuuuuutttt..!!!
Lengohhh!!!Bisa!!!!.lepak ...n melayan kerenah murid-murid ni memng kena banyak sabarrrrrr....
TAPIIII...... kaki aku terus melangkah utk keseronokkan anak2 muridku Tahun 6 SK SERI KENCANA
Banyak MUZIUM yang kami Masuk dan banyak pengetahuan yang kami perolehi...Walau jauh berjalan tetapi banyak pengalaman baru yang diperolehi bersama mereka.
Happening lah bila bersama diorang ni...semua masalah lupaaaaa!!!...ENJOY!!!! dalam Kelepakkan!!hehehehe.
Yang seronoknya aku bawak anak daraku AZWARDAH SAFYAH....!suka dia!!.Pengalaman pertama dia mengikuti ROMBONGAN SEKOLAH tapi tulah ......kesian adik kat rumah.dengan ayahnya
.(Lain kali dik ye...dah besar nnti ibu ikutkn sama).Ok...moga bersua lagi...itu je citernya xlah menarik sgt...tp boleh laa...huhuhuhu..
Ini lah seidkit gambar yang dapat dirakamkan di sana..
Tuesday, October 25, 2011
JUAL BELI EMAS
Salam Sutera EMas...utk hari ini...
Pada mlm ISnin yang lalu...24hb Oktober 2011...seorang customer daripada Batu Pahat telah menglock jongkong ~EMAS~ 2og dengan harga RM3665+10 shipping..
Tahniah !!!kepada Customer yang bijak memilih PELABURAN DEMI MASA DEPAN...
Dan terbukti mlm ini iaitu Malam RABU..hanya selang sehari harga telah mencecah RM3770+ 10 shipping..
Kenaikan harga semangkin laju...Sempena Perayaan DEEPAVALI ini memberikan impak kepada kenaikan harga ~EMAS ~semasa...Sebelum kenaikan harga terus melonjak!!!Usah lagi anda Fikirkan lama-lama..seminit berfikir akan memberikan perbezaan harga pada Nilai ~EMAS~ itu!!!..
JADI !!APA tunggu lagi....JOM BELI!!!...
Pada mlm ISnin yang lalu...24hb Oktober 2011...seorang customer daripada Batu Pahat telah menglock jongkong ~EMAS~ 2og dengan harga RM3665+10 shipping..
Tahniah !!!kepada Customer yang bijak memilih PELABURAN DEMI MASA DEPAN...
Dan terbukti mlm ini iaitu Malam RABU..hanya selang sehari harga telah mencecah RM3770+ 10 shipping..
Kenaikan harga semangkin laju...Sempena Perayaan DEEPAVALI ini memberikan impak kepada kenaikan harga ~EMAS ~semasa...Sebelum kenaikan harga terus melonjak!!!Usah lagi anda Fikirkan lama-lama..seminit berfikir akan memberikan perbezaan harga pada Nilai ~EMAS~ itu!!!..
JADI !!APA tunggu lagi....JOM BELI!!!...
Monday, October 24, 2011
Emas untuk roti di Zimbabwe (video)
Video yang dirakamkan pada tahun 2008 di Zimbabwe dimana kegawatan ekonomi dan inflasi yang tinggi di zimbabwe menyebabkan wang kertas tidak bernilai.
Kos biaya mimimum untuk makan tengah hari yang harus dikeluarkan oleh seorang rakyat Zimbabwe yang merupakan penduduk termiskin di dunia ialah lima ratus juta dollar ($500,000,000.00) bernilai lebih kurang USD2.00.

Zimbabwe ketika ini pemegang rekod inflasi terbesar di dunia iaitu 2,200,000 % (2.2 juta persen!), parahnya,harga-harga melambung begitu cepat dengan hanya dalam beberapa minit sahaja, jadi tak heran jika peniaga2 di zimbabwe begitu sibuk mengganti label harga barangan mereka hampir setiap minit!

Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia….!!!
Pada tanggal 20 Julai 2008 ini bank Zimbabwe juga telah mengeluarkan pecahan wang sebesar 100 Juta Dollar! yang merupakan rekod pecahan wang dengan nominal terbesar di dunia….!!!
Zimbabwe memang memegang banyak rekod dunia, tapi sayang semua rekod itu tidak ada yang membanggakan.
SEJARAH EMAS
SALAM SUTERA EMAS buat semua Pembaca...
Di sini saya memaparkan tentang Sejarah Bagaimana emas diperolehi..Mari kita berkongsi sedikit pengetahuan tentang sejarah emas ini.:
Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.
Dalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya
Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.
Akhirnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa, China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil kekayaan emas di tanah ini.
Rezab emas negara dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada kajian-kajian yang diilakukan dan ia sentiasa bertambah apabila penemuan baru dan akan berkurang apabila mineral tersebut digali dari perut bumi.
Perlombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang, Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub, kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial.
Pada tahun 2008, negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan “Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun 2002.
Pada awal tahun 2010 kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas” tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.
Di sini saya memaparkan tentang Sejarah Bagaimana emas diperolehi..Mari kita berkongsi sedikit pengetahuan tentang sejarah emas ini.:
20 Sejarah emas di Malaysia
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.
Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.
Kemewahan dan kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.
Ketika zaman imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun 1824.
Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Malaysia bukannya negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai rezab emas yang belum digali.
Kesan dari penjajahan British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah, Kelantan yang kini menjadi lombong mati.
Hanya terdapat dua jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah sungai Jelai dan Koyan di Pahang.
Sunday, October 23, 2011
SALAM PERKENALAN
Saya sedang membina Blog SUTERA EMAS saya...Moga permulaan ini membuka pintu rezeki saya.
TERIMA KASIH kerana SENTIASA memberikan SOKONGAN kepada Perniagaan kecil-kecilan saya ini.
TERIMA KASIH kerana SENTIASA memberikan SOKONGAN kepada Perniagaan kecil-kecilan saya ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
