PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Saturday, March 9, 2013

Koleksi Kek Anak-anak Ibu...


WAaa kenaL mak Lu..ApaHal Lu..??!!

huhuhu

Assalamualaikum semua.....

Ting .!tong!..Ting!..TOng!!
Bateri Dah Nak Kong..
?????

Abaikan....

Hi..U ALL...!
________________________________________________________________


Saja nak memenuhkan Entri di Blog aku  ni..xde citer bestkan..jadinya xde kerja dokla memblogging gambar kek besday anak-anak...Sejak kelahiran anak2 saya..setiap kali Hari Jadi mereka..mesti dan perkara WAJIB  kami menyediakan Kek untuk mereka..
Walaupun ketika itu diorg kurang mengerti tapi tanda Ingatan kita pada setiap ulang tahun kelahiran ..AKU mesti membeli..menempah kek utk mereka..kan best kalo aku pndai buat kek.huhuhu..
BURGETla sgt...huhuhu..















Ha....ade lg kek lain yg xjumpa letak mana gmbrnya....ermmm xperlahh

Inilah Entri yg kurang kerja namanya..

Huhuhu...

Cantik x kek2nya...

pasni..
kita cari kek yg lain pulak eh..

Moga ank2 ibu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria ...

Love u sayang...

AWISY n WARDAH..

muahhh!!!


KESILAPAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

hai sEmua...

Cikgu Ummi ada benda lagi nak kongsi ni... nak x??!

Ha.. yg ini adalah kesilapan kita dlm mendidik anak-anak.Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa  x sedar apa yang kita buat pada anak-anak kita adalah salah dan menyebabkan mereka memendam rasa tanpa kita sedar.
Ianya pernah juga berlaku pada diri saya sendiri..Biasalah kalau dah angin satu badan..
Apapun kita kena muhasabah diri dan sedar akan kesilapan kita dan kita perlu perbaikinya..
saya ni pun banyak juga buat kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Oleh itu mari kita imbas ...Adakah kita pernah melakukannya...??!!

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, 
terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. 
ANTARANYA IALAH:
________________________________________________
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. 
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 
9) Kurang melahirkan kasih sayang. 
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. 
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak. 
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. 
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 
17) Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal. 
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. 
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. 

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul. 
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat. 
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak. 
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 
39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Haaa!!macam mana ibubapa di luar sana??? xper..ada yang kita terrrrr buat?heeeeeee...
.kita sama2 perbaikinya..ye .INGATAN utk diri sendiri jugak ni..
hehehehe
huhuhuhu
hikhikhik

PEACE YOOO!!

Credit for Jabatan Penerangan TQ

TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK

KaiFaHalukum???...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai..! Hari ini Perkongsian Ilmu Cikgu Ummi... Ilmu yang diperolehi perlulah dikongsi bersama..
Betul x kwan?!!... biarlah kita syok sendiri..tp Bila Ilmu yg dapat perlu disebarkan kepada semua.

Ermm Cerita Pasal 
"Inginkan Ank Yang Hebat dan Cemerlang...??!"
Semua Ibu-ibu ..bapak..bapak di luar sana..inginkan Zuriat yang Bijak Cerdik..Pandai dan yang baik2la kan..

Tapi kita xboleh mengharap je..USaHA kita sebagai Ibu dan Bapa perlu ada..Jangan sekali2 putus asa..

Apapun ini ade tips dan kita sama2 membina dan membentuk akhlak ank2 kita dan mendidik mereka dgn sempurna..Mudahan2an kita mendapat hasilnya dan Kepada Allah kita berdoa untuk mereka.

Ini Kerana Mereka adalah CAhAYa MaTa Kita yang sgt2 kita sayangi..




Mari kita Renung dan Menjadi Panduan bersama..
----------------------------------------------------


Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.  Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca … 

1, Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
   

 CAHAYA MATAKU SAYANG

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Credit For DamyaKaudihatiku TQ..



  Dah dapat...??JOM kita main peranan sebagai IBU dan BAPA mereka...
 Mana yg baik Datangnya dari Allah dan mana yang buruk adalah dari kelemahan diri saya sendiri.

Sunday, December 16, 2012

AWisY n WaRdaH DapAt HadiAh



SyukuR AlHamDUlillaH..berKat Doa SemUa ... 

     Salam ..SelamAt Malam..
Mood Malam ni Macam Kurang Stabil..WaLaupun KurAng STabil bila TeNgoK GamBAr Anak2 ni STabIL SemUla MOod Aku MaLam2 ni...

  BerKat USaHa Guru2 Anak2 Ku ..Syukur..Anak2ku memperolehi KepUtusaN PepEriksaAn Dengan Baek pada Tahun ini 2012..


   TERIMA KASIH tak terhingga Kepada Semua Guru TADIKA ANAKKU BESTARI dan Semua Guru SK Seri Kencana yang xjEmu MencuRahkan Ilmu Kepada Anak2ku WARDAH n DARWISY..melayan KEreNah MerekA.. dan SenTiasa MenGambil BeRat TeNtanG MEreka.






'   TERIMA KASIH BANYAK CIKGU '





Gambar2 Mereka masa Mendapat Hadiah PEperiksaan Akhir Tahun 2012



Awisy terima HADIAH..





cak!!baa...





ADik ngn kawan2 tgh ready nak wat persembahan ni..
huh! Nasib x Nangis...hehehe

TAHNIAH !MUHAMMAD AZZIKRI DARWISY!!

"moga kejayaan sentiasa mengiringimu sayang!"

TerusKan Usaha...JaNgan Banyak Main Tab!!waduh2..


Ha!! Ini Kakak Pulak.

Maaf sebab Ibu dan Ayah x dapt nak Tgok Kakak Amik HadiAh..
Apapun Ibu dan Ayah Sentiasa doakan KEJAYAAN kakak..

Kakak xmo cuai..!xmo berangan! xmo main! xmo leka..!!

kena Rajin Berusaha!!!

TERIMA KASIH pada En ZAIM kerana amikkan Gambar Wardah masa penyampaian Hadiah Tempoh Hari.Adelah Kenangan TErindah yg dapat Kami tengok dengan Gambar yg di ambil.


Senyumla sikit Kak...




Tahniah ,Kakak!!Ibu sayang Kakak..kalo ibu marah tu maknanya tanda SAYANG!!

2013 Buat Yang TERBAEK lagi nanti..!

Saturday, December 15, 2012

KEDAH MARI oooo


   OOOOOooo Sawah terbentang Luas....Bersama Unggas berkicauan di pagi hari..Bersama Dedaun di tepian Sawah...meLihat Kebesaran dan KeinDahan Ciptaan Ilahi...Cantiknya Pemandangan di KEdah ni....

   Hai ,SEMua!!!!

   Nak Citer ni... ermm korang mesti Pernah gi KEDAH...aku ni kira kali ke 3 la sampai ke Negeri Jelapang Padi ni iaitu KEDAH DARUL AMAN....

             TARAAAAAA!!!!kami dah sampai.... 



             . xsabarnya nak ke bendang ni...
^
^

JAKONnya aku
_
_
_

sampai je kitaorg kat sana..kita pun mencari sarapan ..nak rasa lah jugak menu  sarapan org KEDAH ni kan.

Tujuan kami kemari adalah sempena 
PERKAHWINAN ADIK IPAR ADIK AKU

saja nak join majlis diaorang..teringin nak tgok org kedah wat Majlis .

kami merewang la jugak






ermm...seronok waktu ni.. ramai2 membungkus goodies utk tetamu yg akan hadir .

pastu mcm2 la aktiviti yg kami lakukan sepanjang berada di KEDAH

yg ni lak ragam Orang Kampung menjayakan Majlis Perkahwinan Mila .



Abah aku menunjukkan skill membuat nasi beriani...




Adikku mencari umbut pisang..khusyuknya !!



Eh! ade cik abe kite adelah...tolong bapak mertua godak nasi beriani ye?!!!




macam aku je baju oren tu..!semangat memotong limpa lembu...


nasi putih kukus..peh sedap!!!




masing2 sibuk merewang



nak tgok pengantin??!!Alamak xberani nak tunjuk la..orgnya Alim.

sama cantik sama padan..!
alah tunjuk jelah..



MOOD Datang.....

ASSALAMUALAIKUM w.b.t Buat Semua Kawan2 di luar sana....ceh!! ade ke yg baca Blog Aku ni...Mcm Poyo je..!!( in my soul) hehehehe... hahaha..in my soul la konon... 

   Lamanya x bercerita syok sendiri ni....korang sihat?? Tahun ni je aku jatuh sakit kerap sangat..Tp Alhamdullilah bila da mencoretkan dimuka blog ni maknanya sihat la tu...kejap je kan nak masuk 2013...Semangkin hari kite mangkin tua...Dunia semangkin UZur...Amalan Dah Cukup ke??!! ditujukan khas utk aku la ni... 

  Dah hampir setahun aku x mengupdatekan sesuatu utk semua...ermm kekangan masalah..buzy xtentu pasal..hahaha...korang mesti banyak citer best kan??!!...Aku akan cuba mentouchupkan blog aku dengan lebih ceria lg...huhuhu... Insyllh jika ade kelapangan kita bersua lagi di next post ye..Ok aku chow dulu..apapun TERIMA KASIH Sebab Andalah yg sudi jenguk Blog Bersarang Saya ni....


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


         Inilah Gambar terbaru Familyku...


 BYE...Lov u ALL muahhh!!


              New Trade Mark  ~3B SHOOT @azy~

Tuesday, October 16, 2012

APA KHABAR KORANG SEMUA???!!

lamanya xbercerita...tak update Blog aku ni....skrg ni aku ngah KurSus Guru GPM...di Bangunan PPD lamamdi Kluang Anjuran PKG Daerah kluang.
bosan2 melayan blog ok gak...cantik x Temple.. Blog saya??!!PURPLE Kalerr..I Like..!!!