PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Monday, March 11, 2013

SAHABATKU






ARI NI NAK TUJU LAGU...BOLEH?!!

SAHABATKU

Lagu ni ku tujukan khas buat teman-teman terbaik ku di luar sana.Korang adalah sahabatku yang terbaik .Korang semua memang best dan sentiasa menceriakan ku dikala ku sedih .

TERIMA KASIH SAHABAT
kerana menjadi SAHABATKU




Sunday, March 10, 2013

Tara...



Banyaknya Makanan....

Nak x?!

semua nampak sedap kan...

ermm xleh nak rasa..sbb Gambar je..huhuhu..(lawak la konon)

Ari ni aku nak citer sikit pasal MAIN MASAK-MASAK NI...

aku antara insan yg malas memasak sebenarnya
tapi bila kita dah bergelar perempuan,ibu,isteri kompemm kena masak jugak yang tempatnya D.A.P.U.R
Nak masuk dapur memang malas..tpi bila da masuk rasa mcm nak msk mcm2 lagi2 kalo bahan cukup ..semua leh jadi..kalo bahan xde.. termenung jelah.

sebenarnya yg aku nak tunjukkan ni menu yg dah basi baru nak ditepekkan kat post aku..
saja nak bg korang terliur

Tapi korang mesti lg pndai masak..
aku ni masak yg simple2 tu bolehla .setakat bagi keluarga makan sampai kenyang tu Insyaallah .

Ok..mari kita imbas sikit menu yang ade


 ha.!!!.ini adalah ayam yg sedang diperap untuk dibakar oleh mereka yg berkenaan..
ayam ni aku dah perap selama 4 jam..berbaloi2 rasanya..selalu 2 jam da cukup.. rempahnya semua aku baloon letak janji rasa ade..Bila dah siap perap barulah dibakar dengan sebaiknya bukan serentongnya..huhuhu..

Antara bahan Utama yang aku letak ialah : serai,lengkuas,bawang besar,halia,bawang putih,gula melaka,kicap,lada hitam dan lain2nya...




 Inilah dia ayam yang sedang dibakar ..nasib xrentong..sedap utk dimakan..bakarnya pun ok xde yg mentah... pandai CIk FYQa n Abang Bob membakar..hihihi..




 ermmm yang ni pulak...ini makanan kegemaran si kakak Wardah..suka sgt dengan spegethi ni..yang ni aku adaptasikannya dengan bebola daging..memang marvelous.!! lagi2 dimasak dgn sos prego ..lagi menjadi..apalagi kwn2 cubalah..senang je ..



Apasal mata korang x berkelip ni??? hahaha..poyo.. 
SHUSHiLah..ermmm seaweed.... memang sedap.... korang da pernah try buat jugak ke??mesti lg terrorr ni ..bab menggulung memang ok..tpi bila silap glung nak potong tu jd payah...
Aku belajar buat benda ni pun dri adik aku yg memang suka sgt2 makanan KOREA ni.. 
Bila buat Shushi buatan Sendiri ni..rupanya anak2ku suka sgt mkn.jadinya leh la buat selalu sbb ade yg suka mkn.. korang try arr ..paling senang buatnya ..bahan pun simple sgt2..



NASI LEMAK xpyh citer.. dah sebati dlm idup aku dah..nama pun "NASI LEMAK CHEQGU"..
ia jugak sebati dgn jiwa rakyat MALAYSIA kita.

pg2 NASI LEMAK..

tp sekarang MALAM2 pun org cari NASI LEMAK jugak..
OH  KOLESTROLLLL!!! TIDAK!!!





apa benda pulak ni???!CUBA KORANG TEKA..

1

2

3
.
.
.
.
.
.
.
.
??????

Sape tahu??

SILA BAGI JAWAPAN ANDA ____________________


saya nak jawab...!!

BISKUT HUP SENG...

bersama

GULA DORIAAANNN..

oohh sangat2 sedap...

korang pernah buat x??! kalo time2 musim durian memng inilah makanan yang aku cari dulu selain daripada serawa durian + roti

apalagi cubalah nanti ye

sekali rasa pasti nak lagi.

Oklah kwn2 cukup dulu citer pasal makanan..nanti kalo aku dah mula dgn main masak2 ni.nanti aku kongsi citer lagi ngn korang eh..itupun kalo korang sudi baca lah..
huhuhu

tatatata








Saturday, March 9, 2013

PURPLE!!!UNGU!!PuRpLe!!UnGu

Pagi-pagi Jumpa Bai..
Apa Khabar..Haiii!!



 Ari ni Aku nak citer Pasal WARNA

korang ade warna peberet??!! mesti ade kan...
AKU??
kalo jumpa sesuatu yg berwarna

UngU
UngU
UngU

Compemm!!! aku meroyan abiss..memng xpernah jemu arr kalo purple ni..pantang kalo jumpa . xtahu la kenapa pilihan hatiku tetap padamu "WAHAI UngU"

KENAPA UNGu??
entah !!!
memng jatuh hati... Jatuh CINTA ...tangKap LenToK...

KENAPA x warna MERAH..OREN...???
xnak!!!!
**********************
nak jugak
 UnGu

P.U.R.P.L.E

APA ADA DENGAN UNGU??!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------
Penggemar warna ungu adalah mereka yang mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjadi unik dan berbeza dari orang lain. Jika korang memilih warna ungu, ini bermakna anda seorang yang suka untuk mendapatkan suara majoriti/autoriti.

--------------------------------------------------------------------------------
LAGI....

katanya ia melambangkan kewanitaan dan keibuan.warna untuk pertumbuhan spiritual falsafah kejayaan dan sikap yang positif.

oh ye ke????

---------------------------------------------------------------------------------

Waaaaaaaa!!!
tengok sebelah mata je dah nampak cntik..

Ungu juga adalah warna janda. Begitu ungkapan yang sering kudengar dari mulut kebanyakan orang. Sejujurnya aku tak tahu pasti, kenapa warna yang satu ini diidentikkan dengan kata Janda, Norak, dan Tua.
(TIDAK SAMA SEKALI..IA ADALAH FAKTA YANG SANGAT2 SALAH)

 I love violet, this is my favorite colour !


Warna ungu melambangkan kekuatan, intuisi, fantasi dan imajinasi.

“Purple is against bad idea.” Bagiku, ungu bukanlah warna khusus buat tante-tante dan ibu-ibu. Ungu adalah warna untuk semua kalangan, apalagi remaja dan kawula muda.
Warna ungu merupakan perpaduan antara warna merah dan biru. Biru melambangkan sifat stabil dan tenang, selain itu merah juga melambangkan arti keberanian, kekuatan dan semangat. Ungu memberikan kesan sejuk dan eksotik. Menurut ahli psikologi, ungu berarti spiritual, misteri, keagungan, perubahan. Sedang menurut ahli metafisika ungu adalah warna yang benar-benar luar biasa.
So, tak ada alasan lagi untuk mengatakan ungu adalah warna jelek dan norak. Dan yang pasti, orang yang menyukai ungu adalah pribadi yang luar biasa, tidak pernah ragu dalam menghadapi masa depan, dan selalu mengerjakan yang terbaik. Pecinta ungu juga dapat mengikuti perkembangan jaman dan selalu berpikir kreatif.


ermmm bermakna aku ni juga seorang yang luar biasa la ye?? ahakkk??!! kreatif kah aku???apapun yg aku sgt2 setuju sgt2 dgn apa yang diperjelaskan tentang pencinta warna Ungu ni..sedikit sebanyak ada jugak kat diri aku ni.    

Pagi2 perah santan dulu
Perasan la tu..
lalalalalala
-----------------------------------------------------------------------------------------


 tak tahan aku dibuatnya

Kumpul duitla lepas ni
Buat bilik TIDOR aku mcm nilah..

BESTNya!!!!



kalo da dpt mcm ni.. kompemm da xnak  kuar bilik da ni...
huhuhu




oklah smpai di sini dulu..nanti kalo aku jumpa colour purple yang menarik lagi dan ia milik aku .nanti aku citer kat korang eh..

yang penting 

Ungu tetap di hatiku


GAya BeRtuduNg..

SALAM 1 MaLaYsia..

nak citer apa ni?? Oh pasal TUdUng...

Kawan2 yang bertudung mesti bYk kOleKsi Tudung Yang Cantik2kan??!!...saya ni pulak ..xpndai nak bergaya..jadnya TUdungNya Itu jElah...xdelah mcm TRenD masa Kini..mcm2 jenis..mcm2 warna..mcm2 bentuk...macam2 corak..macam2 Gaya..mcam2 Harga....pehh!! kalo sebut yang

MAcam2 HargA tu yg xtahan...

TUDUNG...memang Kita UmaT IsLam Sebagai seOrang MusliMah WAJIB bertudung..

AlhamduLillah semangKin RaMai Allah MembuKa pintU Hati MereKa untuk BErtudung..
xkiralah apapu Gaya 
JanJi bertudung dengan penuh IKHLAS

jom kita tinjau TREND masa Kini Gaya Bertudung


















Cantik2 x diorg??? cntikkan...mcm2 gaya...tudng murah..mahal...sama je..janji pndai digayakan..

kdg kita ni ade tudung byk tp xpandai gayakan..jadinya kena lah belajar melilit mcm diorg ni...
hehehe

kalo mcm aku???

bangun pgi seblum kerja kena jam 3 pgi..sebab??!!

Melilit punya hal...huhuhu...

xdelah...ikut msing2 laa..nak gaya mcm mana pun..tp kalo nak cuba gaya trkini apa salahnya betul x???

mcm aku cikgu..
Mau TERBELIAKK mata ank murid Aku bila tgok sepasu Bunga atas tudung..

huhuhu...

Apapun inilah dikatakan..

GAYA MUTU KEUNGGULAN NYATA JELITA..

auuuuWww...!

ade BERAN mau cuba ???!!




Koleksi Kek Anak-anak Ibu...


WAaa kenaL mak Lu..ApaHal Lu..??!!

huhuhu

Assalamualaikum semua.....

Ting .!tong!..Ting!..TOng!!
Bateri Dah Nak Kong..
?????

Abaikan....

Hi..U ALL...!
________________________________________________________________


Saja nak memenuhkan Entri di Blog aku  ni..xde citer bestkan..jadinya xde kerja dokla memblogging gambar kek besday anak-anak...Sejak kelahiran anak2 saya..setiap kali Hari Jadi mereka..mesti dan perkara WAJIB  kami menyediakan Kek untuk mereka..
Walaupun ketika itu diorg kurang mengerti tapi tanda Ingatan kita pada setiap ulang tahun kelahiran ..AKU mesti membeli..menempah kek utk mereka..kan best kalo aku pndai buat kek.huhuhu..
BURGETla sgt...huhuhu..















Ha....ade lg kek lain yg xjumpa letak mana gmbrnya....ermmm xperlahh

Inilah Entri yg kurang kerja namanya..

Huhuhu...

Cantik x kek2nya...

pasni..
kita cari kek yg lain pulak eh..

Moga ank2 ibu sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria ...

Love u sayang...

AWISY n WARDAH..

muahhh!!!


KESILAPAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK

hai sEmua...

Cikgu Ummi ada benda lagi nak kongsi ni... nak x??!

Ha.. yg ini adalah kesilapan kita dlm mendidik anak-anak.Kadang-kadang kita sebagai ibu dan bapa  x sedar apa yang kita buat pada anak-anak kita adalah salah dan menyebabkan mereka memendam rasa tanpa kita sedar.
Ianya pernah juga berlaku pada diri saya sendiri..Biasalah kalau dah angin satu badan..
Apapun kita kena muhasabah diri dan sedar akan kesilapan kita dan kita perlu perbaikinya..
saya ni pun banyak juga buat kesilapan dalam mendidik anak-anak.

Oleh itu mari kita imbas ...Adakah kita pernah melakukannya...??!!

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, 
terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. 
ANTARANYA IALAH:
________________________________________________
1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. 
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 
9) Kurang melahirkan kasih sayang. 
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah. 
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak. 
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. 
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 
17) Mengizinkan anak menjamah makanan atau minuman yang tidak halal. 
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. 
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. 

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul. 
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat. 
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak. 
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak. 

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 
39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Haaa!!macam mana ibubapa di luar sana??? xper..ada yang kita terrrrr buat?heeeeeee...
.kita sama2 perbaikinya..ye .INGATAN utk diri sendiri jugak ni..
hehehehe
huhuhuhu
hikhikhik

PEACE YOOO!!

Credit for Jabatan Penerangan TQ

TIPS MENDIDIK ANAK-ANAK

KaiFaHalukum???...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai..! Hari ini Perkongsian Ilmu Cikgu Ummi... Ilmu yang diperolehi perlulah dikongsi bersama..
Betul x kwan?!!... biarlah kita syok sendiri..tp Bila Ilmu yg dapat perlu disebarkan kepada semua.

Ermm Cerita Pasal 
"Inginkan Ank Yang Hebat dan Cemerlang...??!"
Semua Ibu-ibu ..bapak..bapak di luar sana..inginkan Zuriat yang Bijak Cerdik..Pandai dan yang baik2la kan..

Tapi kita xboleh mengharap je..USaHA kita sebagai Ibu dan Bapa perlu ada..Jangan sekali2 putus asa..

Apapun ini ade tips dan kita sama2 membina dan membentuk akhlak ank2 kita dan mendidik mereka dgn sempurna..Mudahan2an kita mendapat hasilnya dan Kepada Allah kita berdoa untuk mereka.

Ini Kerana Mereka adalah CAhAYa MaTa Kita yang sgt2 kita sayangi..




Mari kita Renung dan Menjadi Panduan bersama..
----------------------------------------------------


Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya.  Bagi yang belum ada anak, atau dalam proses untuk mengadakan anak, masih jugak boleh baca … 

1, Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik

bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Dalam Islam pun sangat digalakkan kita beri nama yang elok untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari

ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari, dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang

pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan

mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.  Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda

kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
   

 CAHAYA MATAKU SAYANG

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya

ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.  Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri

mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya

sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali

ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur, baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka, sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

13. Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah

peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak

mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka kita jadilah pendengar setia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda

mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam

biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna

ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata abah ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur. So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah

anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka

tetapi kadangkala cuma untuk “sound effect”nya sahaja, bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo… seram, tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda

hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita. Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. “Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu …namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu…. kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu … ” “Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa….  ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, serta dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati”

Credit For DamyaKaudihatiku TQ..



  Dah dapat...??JOM kita main peranan sebagai IBU dan BAPA mereka...
 Mana yg baik Datangnya dari Allah dan mana yang buruk adalah dari kelemahan diri saya sendiri.