PeNgiKuT BLoG ~

KASIHKU CORETKAN.....

berbicara tentang perjalanan sebuah kehidupan.....

Monday, October 31, 2011

BILA DUIT BERSANDARKAN EMAS

 Assalamualaikum buat pembaca yang budiman.


BILA DUIT BERSANDARKAN DUIT...

       1) Duit akan habisss..

       2) Nilai semakin susut

      3) Duit tidak akan berganda.

      4) Banyak mana kita simpan banyak tulah yang ada..

      5) Boros Berbelanja...

TAPI...............

BILA DUIT BERSANDARKAN EMAS

      1) Duit xkan abisss...

      2) Nilai semnkin tinggi..

      3) Duit Berganda-ganda

      4) Banyak mana kita simpan...lagi banyak yang kita ada..

      5) JIMAT...sebab EMAS..kita sayang nak guna..

Ini adalah pengalaman Saya...!!dan pengalaman orang-orang yang terkena dengan KEHEBATAN EMAS!
    

     Inilah IMPIANKU!!pehhhhhhhhhhh!!!!



                

simpan yang ini pun dah memadai....


AKu pun masih tercari-cari mana nak gali DUIT nak tukarkan EMAS..!

JOM BELI

Korangggg!!!jgn fikir Banyak2..Beli Jer...Arga Dah MAcAm ROKET tu!!!.Baik beli cepat2

..Hari ni Ade Orang Jual Emasnya semula....Dulu Beli Baru RM 3250...Jual RM 3700....untung x tu???!!kira je lah...Terus DApat CAsh Money lagi.....TQ EN NIK BARAKAH EMAS..kerana Membeli EMAS nya...
HA!!! tgok!!korang jgn risau!!EMAS yg dibeli...adalah TULEN....beli je...nak guna duit...bila2 leh Jual...xde sapa melarang...!EMAS adalah Hak Milik ANda!!...hehehehe

 SApe2 yg dah beli ngn saya tu...belilah lagi..hehehe...saya pun tgh cari Duit ni Nak Beli byk2..tunggu KENAIKAN GAJI TAHUN DEPAN...heheha.(TQ PM..)
!.Korang pun tahu kan..AURA EMAS tu macam mana...??!!
Apapun TERIMA KASIH untuk Semua...kerana Sudi Jenguk Blog saya..agak2 pintu HATI dah TERBUKAK untuk Memliki GOLD BAR PUBLIC GOLD ini...Terus Hubungi saya je OK!!!yang.dah sudah Hubungi Saya.. Terima KASih sekali lg. dan   
Jgn lupa  
                  WAR-WARrrrkAn  kat org KAMPUNG!!!...

Sunday, October 30, 2011

MESYUARAT PERSATUAN BUGIS NEGERI JOHOR cwangan Batu Pahat

 "FADAH IDIK MAHFADAH ELOO,
       SIFATUWOH SIFATOHKONG"


  FADA IDIK WIJAk OGI'


Inilah dia Slogan Persatuan Bugis Negeri Johor ....Skrg ni bru la berjinak-jinak dengan
PerSatuan Bugis ini...SememAngnya AKU ADALAH ANAK JATI BUGIS JOHOR....Aku kena datang
juga mesyuarat kali ini...Banyak jugak laa isu-isu yg dibangkitkan dan dibincangkan...yang tertariknya

Cadangan : Akan dibuka kelas menulis tulisan bugis ..
                   dan juga kepada anak-anak bugis yang kurang mahir berbhasa bugis akan diajar berbahasa 
                  bugis..
ALHAMDULLILAH....aku msih boleh bertutur dalam bahasa BUGiS bHasa iBunda Nenek Moyang Ku...
Walaupun kata org bugis..Makbentok-bentok...Tapi Ok laa..dripada xtahu apa2...dripada Setakat mengaku je Kata ank Cucu Orang Bugis....tp satu perkataan pun x tahu....Ermmmm....ramai lak tu yg suka mengaku...
Aku memang KETURUNAN BUGIS PURE!!..Mak n abh aku nenek moyang salasilah Keluarga memng BUGIS JATI...hehehe....tapi tulah Aku telah MEMECAHKAN TRADISI..kerana AKU telah BERKahwin Ngn ORANG MELAYU TERENGGANU...n Ank Aku agak2 Keturunan apa ek???

                                       BUNUUU!!!!...BUGIS + TERENGGANU..

hehehehehehe...AKu akn ajar Ank2 sikit2 BAHASA BUGIS ni....Biar dia tahu banyak BAHASA...!kalo x jadi lah mcm ngaku bugis tp xtahu ckp Bugis....huhuhu Ok lah...setakat ni je aku nak berceloteh...

      Apapun  HIDUP BUGIS!!!!.... Bye!!nnti kita citer lg pasal BUgIS ni Ye.,,,,




    AKu macam biasa la....DUDUK BELAKANG bersama MAK.n ABAH...

Saturday, October 29, 2011

BESDAY ABAH YANG KE 57

HARI ini ADalah Hari KelahirAn AbahKu yang Ke 57..Rasanya Tetap MUda jer Abhku...

 DOA KAMI SEKELUARGA uNtuK AbAh...
         " Moga Abah Sntiasa diberikan Kesihatan Yang baik..."
Di PerluaSkAN REZeki...Di Panjangkan Usia...SentiAsa ceria
Dan berbhgia bersama Mak yg Tersayang..Dan MogA ALLAH sentiAsa
MemBerkati Abah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KAMI SAYANG ABAH !!!!!!!!!!!!!!!!!













   

Friday, October 28, 2011

BELI UNTUNG..JUAL UNTUNG..PAJAK UNTUNG..TAKKKK BELIII YG RUGI

                  SALAM SUTERA EMAS

            NApe Ek saya cakap Macm tu????
 Sebab Kenaikan HargAnya Yang MAcam Roket skrg ni...!!
Sebab EMAS kan 24 KARAT lagi...Dijamin Ketulenan....!!
Sebab Bila2 Boleh Beli..Bila2 Boleh Jual Balik!!!
Sebab  Bila2 boleh urus niaga...!!
Sebab Bila2 boleh di pajak!!
Sebab Ianya AMat Berharga!!

 KEnapa BerHarga!!?????

CUba Fikir ...

    MASA ITU EMAS

   KALO JUARA mESTi PINGAT EMAS

  KALO nAk MnyunTing BungA di TAman..Mesti  BAWak EMAs

  Di MajliS PernikAhan pUn ..TetaP PilIH EMAS untuk DI SArungKAn di PakAIkan
 KepaDa ISterI TerSayang....
 Errrmmmm Ade kE??? PenganTin SarungKAn CiNciN SilVer Kat IstEri terciNta di HAri PErnikahan???


Hehehehe...PaKai GIgi EmaS pun BerhArga TAu!!!

    JADI !!! FIKIR-FIKIR kAn LAh!!!!
JAngAn TUnGGu LAma2..HargA dah MACam ROKET NAiknyA!!!!!!!

Thursday, October 27, 2011

INGIN MEMULAKAN PELABURAN????

Salam SUTERA EMAS
…Rupa-rupa masih ramai yang tidak tahu nak mula pelaburan emas...Ternyata ramai lagi orang Kita tidak faham tentang PELABURAN EMAS ini...Mereka takut dan masih fobia lagi sebenarnya...FObia kenapa???Sebnrnya ramai orang kita telah tertipu dengan banyak jenis PELABURAN yang tidak SAH...Ada yang BERatus Ribu ...Puluh Ribu dan susah laa nak citer...MEmng Banyak SKIM CEPAT KAYA di NEgara Kita...Termasuklah pengalaman Saya yang pernah juga merasai KERUGIAN yang BERGANDA.......(hehehehehhe)
      Untuk Pengetahuan Semua.Anda jangan Bimbang kerana PELABURAN kita adalah berasaskan JONGKONG EMAS...EMAS akan menjadi milik anda...KUMPUL LAH EMAS Sebanyak yang mungkin...
OK...Sambung citer lagi...Mereka bukan tak nak untuk melabur ini  tapi tidak tahu hendak mula dari mana dan nak bertanya pada sapa..dan masih dalam kajian produk mana yang terbaik..Semua EMas adalah Terbaik Tetapi Keluaran Terbaik mestilah Dari PUBLIC GOLD  ..
    Ohh !!! baru saya tahu    Patut ler pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/skim cepat kaya / mlm / piramid dan seumpamanya...BAru-baru bercerita ngn Customer..."Pelaburan menggunakan NATA DE COCO pun orang kampung leh terpedaya."...Ermmmmmm.....xper benda da berlalu...Untuk Kehidupan yang lebih baik...Apa KAta Jom kita buat PELABURAN EMAS ini...
 Korang MASIH TIDAK YAKIN???atau MEMANG BETUL-BETUL BERMINAT tapi xtahu Macam MANa CAranya...??!!
Utk Semua Pembaca yang betul2 ingin tahu...Jangan Bimbang..Anda boleh terus hubungi saya di BLOg ini..or Facebook...SMS /CALL/EMAIL....semua boleh...!!
dan Yang Paling Penting!!!!!!!!!!!!
UNTUK MEMULAKAN PELABURAN EMAS INI:
  1. Sediakan modal yang mencukupi.Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari info di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengalaman .
  2. Setelah anda mempunyai modal belilah emas fizikal public gold (jongkong dan dinar)
  3. Akhir Sekali , anda semestinya  perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.

ZAKAT EMAS DAN PERAK

SALAM SEMUA..
  CERITA TENTANG ZAKAT....INI ADALAH KEWAJIPAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM JIKA ANDA MEMPUNYAI CIRI ATAU SYARAT-SYARAT SEPERTI DI BAWAH :


Zakat Emas dan Perak
1. Syarat wajib zakat emas dan perak ialah:
(a) milik orang Islam;
(b) dimiliki oleh orang yang merdeka;
(c) hak milik sepenuhnya;
(d) cukup nisab;
(e) genap setahun.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Dan orang-orang yang men yimpan emas dan perak (tidak dikeluarkan zakat) dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat azab yang pedih.
(Surah At-Taubah: Ayat 34)
2. Nisab zakat emas ialah 20 dinar (mitsqal) bersamaan 85g.
Kadar zakatnya ialah 2.5%. (0.5 Dinar)
Jika seseorang memiliki 85 gram emas atau lebih dan genap setahun dimilikinya, wajiblah dia mengeluarkan zakatnya dengan kadar 2.5%.
3. Nisab zakat perak ialah 200 dirham bersamaan dengan 595 gram.
Kadarnya ialah 2.5% setelah dimiliki genap setahun.
HIKMAT ZAKAT
1. Ibadat zakat yang difardukan mempunyai beberapa hikmat, misalnya:
(a) mendidik manusia berakhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam;
(b) mewujudkan semangat persaudaraan yang kukuh di kalangan orang Islam;
(c) melahirkan masyarakat Islam yang aman dan harmoni;
(d) memajukan masyarakat dalam bidang ekonomi, sosial, dan pendidikan;
(e) melahirkan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya mengamalkan sikap tolong-menolong untuk kebaikan bersama.
2. Yang berikut menerangkan beberapa kepentingan zakat kepada umat Islam:
(a) memajukan masyarakat Islam dalam semua bidang seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain sebagainya;
(b) membangunkan ekonomi Islam melalui projek-projek perusahaan yang dapat memberi keuntungan kepada umat Islam;
(c) memperkukuh ekonomi umat Islam.
(d) umat Islam dapat hidup sejahtera, aman, dan harmoni;
(e) masalah sosial seperti kemiskinan, tidak cukup makanan, kebuluran, dan yang seumpama dengannya tidak akan berlaku;
(f) syair Islam dapat ditingkatkan dengan baik dalam keseluruhan kehidupan umat Islam.
3. Wang zakat yang dikutip daripada pembayaran zakat berperanan penting dalam membangunkan ekonomi umat Islam.
Contohnya:
(a) kerajaan dapat membina kilang-kilang perusahaan untuk menyediakan pekerjaan kepada orang Islam;
(b) kerajaan akan memberi pinjaman wang zakat kepada mereka yang berdaya maju dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi orang Islam;
(c) wang zakat dapat dilaburkan dalam industri yang halal yang menjamin pulangan yang lumayan;
(d) melalui wang zakat, kerajaan dapat membantu golongan yang susah dengan mengadakan projek yang berfaedah untuk meningkatkan pendapatan mereka.
4. Kepentingan harta zakat dalam pembangunan masyarakat:
(a) kerajaan dapat membina berbagai-bagai kemudahan asas seperti jalan raya, sekolah, masjid, padang permainan, balai raya, dan lain-lain;
(b) wang zakat dapat digunakan untuk membantu pelajar-pelajan Islam yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran;
(c) membantu golongan susah supaya dapat merasai kesenangan hidup.
ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
1. Orang fakir;
orang yang tidak berharta untuk memenuhi keperluan asas.
2. Orang miskin;
orang yang mempunyai harta tetapi hanya cukup memenuhi keperluan dirinya.
3. Amil;
orang yang mengurus pungutan dan pembahagian zakat.
4. Mualaf;
orang yang baru memeluk Islam (saudara baru).
5. Hamba yang ingin memerdekakan dirinya.
6. Orang yang berhutang.
7. Orang yang berjuang pada jalan Allah S.W.T..
8. Musafir yang terkandas.
—————————————————————————————–
Zakat emas dikira dalam dua keadaan.
1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

PELABURAN EMAS vs PELABURAN DUIT




TENGOK JE GAMBAR NI ...SAYA RASA ANDA SUDAH FAHAM KOT!!!!!!!!..
JADI APA TUNGGU LAGI!!

JOM laa BELI EMAS ..

HUBUNGI SAYA CEPAT ..!!!

SEKARANG ADALAH MASA YANG TERBAIK UNTUK MEMBELI   EMASSSS!!!

JOM BACA CERITA EMAS

CERITA TENTANG AURA EMAS

Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
Rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web
http://www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg
Cth yg dialami penulis e-book tsb: “Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini (22/8/2009) harga emas 916 mencecah harga RM122 segram!!”
Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun).
Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561. Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!
Jika dibandingkan dgn pelaburan dalam bentuk wang, Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah.Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?
Rata-rata ibu-bapa memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.
Sejarah pula membuktikan nilai emas tidak pernah susut (dlm jangka masa sederhana & panjang) atau hilang harganya. Pada zaman Rasulallah saw harga aseekor kambing adalah sebanyak 1 dinar dan pada masa sekarang iaitu selepas 1400 tahun lamanya harga seekor kambing juga adalah 1 dinar. (Bagaimana kalau kita beli kambing guna duit kertas pada beberapa tahun dahulu berbanding masa sekarang)Nampak bukan kehebatan emas ini :-)
Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (mcm yg Naufal beritau td)
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas
Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas
KELEBIHAN KIJANG EMAS.
1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
5. Harga yang rendah
6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.
KELEMAHAN KIJANG EMAS.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.
KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB
1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga yang rendah
5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
KELEMAHAN.
1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.
3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.
4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.
KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.
1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana
pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh
menjadi agen Public Gold.
Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.
1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:
1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan
KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% – 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-rahn
4. Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.
KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn
KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:
1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%
2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.
KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.
KEBURUKAN JONGKONG EMAS POH KONG:
1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka
juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, penulis e-book tidak
menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.
Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu
1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)
Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.
Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
KOMEN PENULIS MENGENAI PELABURAN AKAUN SIMPANAN:
1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.
2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk
emas fizikal.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya
memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.
FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI
EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.
MEMILIH EMAS FIZIKAL ATAU AKAUN SIMPANAN EMAS?
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.
Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?
Jawapan penulis: BELI EMAS FIZIKAL.
Emas fizikal jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.
Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik
sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.
Tetapi, jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah penulis tsb cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.
Berhati-hati pula dengan SKIM Pelaburan Emas.
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.
Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik
perhatian pelabur.
Menyertai skim pelaburan emas mempunyai risiko kebaikan dan keburukan tersendiri.
Contohnya: kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pelaburan emas fizikal & akaun simpanan emas. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit.
Tapi SKIM pelaburan emas ada risikonya. Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk
menyertai program-program skim pelaburan emas. Anda boleh rugi besar.

Wednesday, October 26, 2011

SALAM UTK SEMUA...

SALAM PERKENALAN...

                   BERMULALAH BLOG SUTERA EMAS SAYA....

                                                      AHLAN WASAHLAN DARI KAMI
AKU Bersama INSAN TERSAYANG yang sentiasa memberi SOKONGAN dan DORONGAN dalam DUNIA PERNIAGAAN ini.

GERAI AYAM KASUMMI

Salam SuTeRa  EmAS..
  

              Aku dah lama x berniaga 2 bulan sudah berlalu..Alhmdllh juga customer slalu tanya...

                             "           BILA GERAI AYAM NAK BUKAK???  "
   PAda syawal yg lalu...KANOPI kami di bawa oleh angin yang KUAT....abisssssssss koyak rabak KANOPI aku...Ini lah yg dikatakan COBAAN....nak marah pun xleh ..INi bukan semua kuasa Kita...Segalanya Dari Yang Esa..Pasti Ade Hikmahnya...

CUstomer2 Saya jangan Risau ye..(cehh!!mcm byok noo customernya)....Insyllh GERAI AYAM Akan Dibuka Semula...Pada AWal NOVEMBER...Itu rancanganya INSYALLAH...

       MENU yang akan dijual mcam biasalah
 *  AYAM GORENG -peha,kepak,dada,punggung,tongkeng..dan RAngkaaa AYAM

* NASI LEMAK AYAM

* ROTI JOHN

* CHICKEN CHOP.

Jom la ke GERAI KAMI ye...."KASUMMI AYAM GORENG"
Waktu Berniaga - Jam 5.00 ptg - 10 mlm,,
Tempat              -Taman Suria ,SIMPANG RENGGAM




Gambar ini dirakamkan oelh CIk Salwani Ramli...Terima kak kerana sentiasa memberikan sokongan kepada kami....Moga Allh sntiasa memberkatimu..


                     TERIMA KASIH SEMUA..JOM DATANG!!!

MARI BELI KAIN PASANG

 SALAM SUTERA EMAS utk SEMUA rakan-rakan,saudar mara n kenalan -kenalan2 yg sentiasa ceria..

         Di sini Saya ada menjual beberapa jenis kain pasang yang pastinya memikat hati anda..
Mudah saja untuk membelinya...........................................................................................

 ~PILIH KAIN yang hendak dibeli

~ BERIKAN pada email saya azy_1381@yahoo.com
                      
                                       NAMA :__________________
                   ALAMAT RUMAH :__________________
                                    NO TEL  :__________________
     NO /JENIS PILIHAN KAIN :__________________


 ~ BANK IN terus ke MAYBANK saya   151454032414

* Kain yang telah dibayar akan dipos terus ke rumah anda...!
    

Pilihan KAIN:

           1) SUTERA CREPE
           2) SUTERA JAQUARD
           3) COTTON POLKADOTS,PLAIN ,STRIPES
           4) ITALIAN WASHABLE JAQUARD
           5) GULATI'S EURO MODA


TERIMA KASIH kerana membeli  di "KASUMMI COLLECTIONS"


 KAIN COTTON 

























*  JOM ORDER!!!!*

COMEL-COMEL KAN KAIN NI.?! 
                               YANG PAKAI MESTI LG COMEL....!!!